Penjagaan perabot kayu, mudah dan selamat.

Perabot yang diperbuat dari kayu memerlukan penjagaan rapi bagi memastikan ia kekal tahan lama dan tidak mudah dimakan anai-anai. Kadang-kadang kita malas ataupun tidak ambil peduli dengan penjagaan perabot kayu kita, asalkan lap dan tidak berhabuk sudah cukup. Tetapi sebenarnya kami nak share beberapa cara mudah untuk anda mengekalkan keaslian perabot kayu anda.

Penjagaannya sangat mudah 😉 :

1. Kerap bersihkan debu dan kotoran pada permukaan perabot kayu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan cantik. Lap permukaa

n kayu dengan kain kering yang lembut.

2. Hindarkan atau minimumkan kekerapan perabot kayu anda dari terkena sinaran cahaya matahari agar warna kayu tidak pudar.

3. Elakkan meletak barang yang panas atau lembap pada permukaan perabot kayu anda agar kayu tidak kembang dan meninggalkan kesan atau bekas. Ini bagi mengelakkan kayu dari cepat reput.

4. Sekali-sekala anda perlu menggilap permukaan kayu dengan pengilat kayu yang ada. Hal ini untuk menjaga kualiti dan warna kayu agar kelihatan cantik dan berseri.

5. Gunakan uncang teh bagi memelihara keaslian warna dan kayu perabot anda. Asid tanik yang terdapat dalam teh akan membantu membersihkan pengilat lama dan memelihara keaslian kayu.

6. Campuran air panas dan sabun pencuci dapat menghilangkan kotoran pada permukaan perabot. Dan pastikan lap dengan kain kering sehingga permukaan kayu kering.

Sekadar perkongsian sikit dari kami untuk anda semua 😍😘😘

Sumber : www.mstar.com.my