.
Diantara kita mesti pernah terfikir kan sebelum membeli perabot, pasti soalan ni “Perabot ni guna kayu apa ya?”, “Kayu dia berkualiti tak? Tahan lasak tak agak-agak?” selalu bermain di fikiran.
.
Dan kadang-kadang kami juga menerima pelbagai soalan dari pelanggan berkaitan dengan jenis kayu untuk perabot yang kami pamerkan di IBOSS Gallery.
.
Jadi… Jom! Kita belajar sama-sama mengenali jenis kayu yang biasa digunakan untuk perabot.
.
.
KAYU MERBAU
=============
Ciri-ciri kayu merbau ini berat dan tahan lasak. Ia boleh dijadikan panel, lantai, kabinet, bingkai pintu dan tingkap serta perabot rumah.
.