Sejarah Penubuhan Syarikat

Bukit Jenun Resources adalah sebuah syarikat swasta hak milik bumiputra Malaysia yang telah ditubuhkan pada Oktober 2008. Sehingga Mei 2010, pengasas syarikat ini telah memetik nama Myjunkshop sebagai nama baru untuk penjenamaan produk syarikat ini. Myjunkshop menggunakan slogan ‘We Buy, We Sell’ untuk menarik lebih ramai pembeli dan penjual barangan terpakai. Namun setelah 11 tahun berlalu, syarikat ini mula berkembang maju dengan merealisasikan syarikat perkongsian di atas nama YZH HOLDING SDN BHD.

Terdapat beberapa jenama yang telah ditubuhkan dibawah naungan syarikat ini antaranya IBOSS Pakar Perabot Terpakai Shah Alam, IBOSS Guesthouse dan MyPro Marketing. Menggunakan slogan ‘Your Bussiness Begins Here’, syarikat ini mula mendapat tempat dikalangan peniaga-peniaga kecil mahupun orang awam yang ingin memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Tapi siapa sangka, hanya dengan menjual perabot terpakai, kini YZH HOLDING SDN BHD mempunyai 2 cawangan kedai perabot, sebuah kilang di bawah IBOSS Pakar Perabot dan 2 buah rumah tetamu di bawah IBOSS Guesthouse,

Tambahan pula, aktiviti jual beli yang dijalankan adalah sangat mesra pengguna dan telah mendapat respon yang baik daripada pelanggan. Selain itu, terdapat juga servis perundingan percuma serta penghantaran bagi memastikan kepuasan para pelanggan terhadap kualiti produk syarikat.

Logo Syarikat / Perniagaan

Penjenamaan Semula

Syarikat ini juga telah melakukan beberapa penjenamaan semula produk bagi meningkatkan kepercayaan para pelanggan. Sebelum ini, nama Myjunkshop telah diguna pakai sebagai simbolik kepada kedai barangan terpakai. ‘Junk’ bermaksud barangan yang tidak digunakan manakala ‘shop’ bermaksud kedai. Pada awal penubuhannya, Myjunkshop hanya menjual barangan terpakai seperti barangan rumah dan barangan antik di Kampung Melayu Subang. Setelah perniagaan bertambah maju, syarikat ini mula berani membuka beberapa lagi cawangan bertempat di Seksyen 13 dan Kampung Melayu Subang, Shah Alam.

Pada tahun 2014, syarikat ini sekali lagi telah melakukan penjenamaan baru bagi mempertingkatkan lagi kualiti produk dan kepercayaan pelanggan. iBOSS (pakar perabot terpakai Shah Alam) merupakan jenama terbaru sekaligus menggantikan nama Myjunkshop. iBOSS kini telah berada di Kampung Melayu Subang dan Seksyen 13 Shah Alam. Slogan yang digunakan adalah ‘your business begins here’.

Misi Syarikat

Meningkatkan prestasi perniagaan sebagai fardu kifayah disamping membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan bagi memperbaiki kehidupan mereka kearah yang lebih baik. Disamping itu juga, syarikat juga ingin memartabatkan perabot terpakai ke tahap industry yang lebih tinggi.

Visi Syarikat

Menawarkan peluang pekerjaan kepada
golongan berpendapatan rendah untuk sama-sama
memperbaiki taraf hidup keluarga

Bekerjasama meningkatkan prestasi
syarikat agar perniagaan ini boleh dipacu
lebih jauh kehadapan

Memberi pendedahan kepada masyarakat
mengenai penggunaan semula barangan terpakai
serta kebaikan kitar semula

PENCAPAIAN KAMI

YZH HOLDING SDN BHD kini sudah setapak kehadapan dan berada dalam kelas yang tersendiri. Namun, usaha yang berterusan serta kerjasama setiap warga kerja sentiasa dinaik taraf untuk menjamin kualiti produk serta kepuasan para pelanggan.

Perniagaan ini yang pada mulanya hanya bertapak disebuah gudang binaan sendiri di Kampung Melayu Subang kini sudah mampu meluaskan perniagaannya ke kawasan Bandaraya Shah Alam.

Selain itu, syarikat ini juga sudah mampu menanggung lebih ramai pekerja iaitu 30 orang pekerja berbanding hanya 3 orang pekerja pada awal operasinya.

Ini jelas menunjukkan bahawa, terdapat peningkatan dalam masa 17 tahun penubuhannya. Malah gerak kerja perniagaan juga menjadi semakin sistematik dan efektif dengan pembahagian tugas antara jabatan-jabatan.

Ingin mengetahui produk terbaharu dari kami?

Langgan berita terbaharu hari ini