Malaysia sudah lama terkenal sebagai pengeksport perabot dengan nilainya sentiasa meningkat saban tahun.
Perkara itu diakui Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kong yang merasmikan pameran berkenaan berkata, eksport produk perabot Malaysia meningkat kepada RM9.53 bilion pada 2016, naik 4.2 peratus daripada RM9.14 bilion pada 2015.
Beliau berkata, angka itu dijangka boleh ditingkatkan kepada RM12 bilion menjelang 2020 (Utusan Melayu, 2017).
Justeru, peningkatan produk eksport dijangka dapat memberi peluang yang cerah kepada ekonomi negara. Namun, Negara juga terpaksa menggadaikan kepelbagaian sumber terutama sekali pokok-pokok bakau serta hutan untuk kegunaan produk eksport.
Meskipun pelbagai kaedah seperti penanaman semula pokok-pokok dan penyimpanan hutan simpan dilakukan, ia tidak akan sama seperti keadaan asalnya. Malah pokok-pokok berkualiti tinggi dan tahan lama seperti pokok Belian, Nyatuh, Jelutong dan Balak mengambil masa yang lama untuk tumbuh hidup dan subur.
Namun, sebahagian besar masyarakat masih suka membeli perabot-perabot baru. Perabot terpakai dipandang rendah dan tidak bergaya. Biarlah berhabis sedikit untuk perabot baru namun gaya tetap ada disitu. Sekiranya kebanyakan masyarakat mempunyai mentaliti untuk membeli perabot baru sahaja, boleh kah anda bayangkan keadaan hutan alam sumber alam sekitar kita untuk 10 tahun akan datang?
Keadaan hutan kita kini tidak sama seperti keadaan hutan pada 20 tahun lepas, begitu juga keadaan hutan tidak akan sama untuk 10 tahun akan datang sekiranya perkara ini masih tidak dibendung.
Marilah jadi sebahagian dari kami untuk mengubah mentaliti dan persepsi masyarakat mengenai perabot terpakai. Like dan follow FB kami agar kami tahu bahawa anda berminat untuk membantu kami dalam misi menyelamatkan dunia bersama IBOSS.
Leave A Comment