Persaingan untuk hidup pada dunia globalisasi ini semakin genting. Persaingan untuk hidup serta kadar inflasi yang semakin tinggi menyebabkan tamadun dunia kini mengabaikan nilai-nilai kecil yang dianggap tidak penting. Manusia kini sibuk mencari harta, nama dan kesenangan yang bagi mereka adalah elemen penting untuk terus hidup didunia serba moden ini.

Atas dasar pemikiran begitu menyebabkan kurangnya pengetahuan dan kesedaran terhadap kitar semula.

Situasi: Baru buka kedai

“Perabot kedai ni beli je baru, baru nampak gah, lawa. Lepastu buang je perabot lama. Bakar kat belakang sana tu”

Ini antara mentaliti masyarakat tanpa kesedaran kitar semula. Mungkin mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa ada beberapa agensi Badan Bukan Kerajaan yang menawarkan khidmat membeli dan melupuskan perabot lama. Mungkin juga mereka tidak tahu akan akibat jangka masa panjang perbuatan tersebut. Atau mungkin juga mereka tidak kisah akan kerosakan alam sekitar yang bakal berlaku kelak.

Disini kami menawarkan khidmat membeli perabot terpakai yang masih baru dan cantik untuk kegunaan orang lain pula. Pembelian perabot juga bersyarat. Kami membeli untuk menjual. Jadi, janganlah mengambil kesempatan atas khidmat yang kami lakukan ini pula ye. Kadangkala kita tak sedar ada sesetengah pihak yang sangat memerlukan perabot terpakai. Tidak bernilai bagi kita tapi sudah memadai bagi mereka.

Tak tahu bagaimana untuk hubungi kami? Senang je caranya. Hubungi kami di http://pakarperabot.com.my/hubungi-kami/

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!