Aktiviti IBOSS Perabot Terpakai.
Seperti yang kami iklankan, IBOSS Perabot Terpakai menjalankan aktiviti membeli dan menjual perabot terpakai di sekitar Selangor.
Ramai yang bertanya bagaimana sistem yang digunakan IBOSS Perabot Terpakai untuk memastikan aktiviti membeli dan menjual perabot terpakai berjalan lancar?
Jadi untuk entri kali ini kami ingin mendedahkan SOP jual beli yang kami jalankan selama hampir sedekad berniaga sekadar perkongsian untuk pembaca semua.
Terdapat beberapa jabatan penting dalam mengendalikan proses belian dan jualan seperti Jabatan Operasi, Logistik, Projek Kordinator dan Pasukan Jualan. Kami juga mempunyai pasukan teknikal dan pekerja am yang sangat membantu dalam produksi barang.
Sekiranya anda berminat untuk menjual perabot terpakai:
- Pastikan perabot tersebut masih dalam keadaan baik, tidak koyak, rosak, pecah atau patah. Perlu diingati bahawa perabot tersebut akan dibeli oleh pihak lain yang memerlukan.
- Sekiranya perabot anda memenuhi kriteria tersebut, ambil gambar barang tersebut dan Whatsapp ke Valuer Sertakan sekali alamat lokasi pengambilan.
- Proses pengambilan mungkin akan memakan masa beberapa hari untuk menguruskan pengeluaran cek pembayaran serta logistik.
- Pembayaran melalui cek akan dibuat selepas projek pengambilan selesai.
Proses seterusnya:
- Item yang diambil akan dibawa ke stor IBOSS untuk proses seterusnya.
- Proses melibatkan kaedah : pengasingan barangan mengikut gred, membaik pulih minor or major damage, serta pecahan barangan untuk alat ganti.
- Selesai proses ini, item akan di masukkan code dan diberi harga sebelum dihantar ke outlet yang berkenaan.
Proses pembelian:
- Terdapat beberapa cara untuk mengetahui availability dan keadaan barang:
- Social Media (Facebook, Google, Carousell dan Instagram)
- Whatsapp nombor tertera untuk pertanyaan
- Site visit di outlet untuk lebih puas hati.
- Kaedah pembayaran:
- Tunai
- Online Transfer
- Cheque (kena clear sebelum penghantaran)
- Debit/Credit card
- Kami juga menyediakan servis penghantaran kepada mana-mana pelanggan yang memerlukan khidmat penghantaran dan pemasangan perabot.
Tonton video dibawah untuk pehaman maksima. Selamat Menonton!
Leave A Comment