Entri kali ini sebagai info untuk cara mencuci perabot fabrik.

Sebelum ini, cucian perabot fabrik menggunakan compressor machine terpakai. Walaupun terpakai, mesin tersebut banyak berbakti kepada syarikat lebih dari 5 tahun.

Baru-baru ini Bos menghadiahkan Team Teknikal peralatan baru; Dry Vacuum Cleaner dari http://karchem.com.my  Dengan adanya mesin pembersih baru ini bukan sahaja boleh menjadikan kerja-kerja pembersihan lebih pantas dan efisien, malah cucian lebih bersih dan cepat kering. Sebab tulah ramai staf sayang betul dekat Bos.

Video tak tunjuk cara penggunaan vacuum (sebab tak dibayar pun). Tapi alat ini menggunakan 2 container untuk air dan sabun chemical. Hanya ada seorang sahaja yang bertanggungjawab untuk refill air dan sabun untuk mengelakkan kecuaian dan kerosakan mesin.

Terdapat punat pada kepala paip, tekan dan kerja pembersihan boleh dimulakan. Air dan sabun akan keluar serentak pada bahagian atas kepala paip, manakala angin keluar pada bahagian bawah. Ini dinamakan double function; sambil cuci sambil keringkan.

Cucian dimulakan pada dari bahagian atas ke bawah, bukan dari bawah ke atas. Material fabrik seeloknya dicuci beberapa lapis. Selesai cuci permukaan selapis, disampung dengan lapisan kedua dan ketiga untuk membuang hama dan menjadikan cucian lebih bersih.

Selesai cucian, perabot akan diletakkan dibawah matahari untuk proses pengeringan. Walaupun ada fungsi udara untuk pengeringan, namun kaedah manual masih juga digunapakai untuk pengeringan maksimum dan mengelakkan bau hapak.

Apapun, fungsi compressor dan Vakum ini lebih kurang sama, cuma dwifungsi dari vakum lebih memudahkan kerja. Harap bos dimurahkan rezeki untuk tambah beberapa unit lagi vacuum Karcher yang power ni.

 

Dry Vacuum Cleaner