PERNIAGAAN ANDA BERMULA DISINI.

Kebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia terutama sekali anak muda yang berani mengambil cabaran memulakan perniagaan sendiri. Seperti kita tahu, membuka perniagaan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, ianya mengambil masa dan tenaga malah menggunakan pelaburan yang banyak.

Perancangan awal untuk menubuhkan perniagaan sendiri amat penting untuk memastikan pelaburan yang dikeluarkan tidak sia-sia. Setiap pengeluaran perlu di catat dan diambil kira untuk memastikan tiada pembaziran yang berlaku.

Antara modal awal yang perlu dikeluarkan oleh peniaga selain produk dan sewa kedai adalah perabot untuk kegunaan premis atau sendiri.

Pelbagai jenis bentuk perniagaan yang tumbuh bak cendawan sekarang. Ada perniagaan yang bermula di rumah. Ada juga jenis perniagaan yang memerlukan peniaga mempunyai premis/outlet sendiri. Namun keduanya memerlukan perabot untuk fungsi perniagaan.

Sekiranya perniagaan beroperasi dirumah, peniaga hanya perlu mempunyai meja dan kerusi yang selesa dan sesuai digunakan untuk jangka masa lama. Kemudahan yang selesa juga menjadi faktor untuk produktiviti dalam berbisnes. Sekiranya peniaga mempunyai kedai sendiri, sudah tentulah memerlukan perabot asas seperti meja, kerusi dan kabinet penyimpanan.

Kos untuk perabot boleh dikurangkan dengan menggunakan perabot yang terpakai. Sudah tentu harganya lebih rendah berbanding perabot baru atau perabot yang ditempah khas. Bayangkan kerusi banquet baru berharga RM 70 dan anda boleh mendapat condition yang lebih kurang dengan harga RM 59. Anda boleh berjimat sebanyak 10%-20% dari keperluan perabot dan melabur ke keperluan lain.

Tidak semua perabot terpakai dijual dalam keadaan lusuh dan buruk. Sepanjang bekerja di bawah naungan syarikat perabot terpakai, 80% perabot yang dijual masih dalam keadaan cantik dan baik. Malah selalu juga dapat perabot yang masih belum pun diusik (owner berpindah negara/penutupan syarikat).

Perabot-perabot terpakai boleh didapati di kedai perabot terpakai, orang persendirian malah turut dijual diplatform media sosial seperti facebook, Instagram, mudah.my atau shopee. Bijak berbelanja mengikut kemampuan. Sekiranya anda mampu berhabis puluhan ribu untuk pejabat baru, teruskan sahaja. Namun sekiranya anda mempunyai bajet agak rendah untuk keperluan perabot, boleh gunakan perabot terpakai dahulu untuk permulaan.

 

Susah-susah cari sahaja pakarperabot.com.my. Kami sedia membantu.