Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk entri kali ini admin ingin berkongsi sedikit ilmu di dada. IBOSS Pakar Perabot bukan sahaja menjual perabot terpakai. Kami juga membeli dan membaiki perabot terpakai yang masih boleh diguna semula. Kesedaran untuk mengitar semula perabot terpakai bermula dari longgokan perabot-perabot dan pakaian yang masih cantik di kawasan padang lama yang tidak digunakan. Terpukul dengan suatu rasa pembaziran, dari situ kita mula fikir bagaimana untuk mengawal pembaziran dan pembuangan perabot terpakai secara berleluasa.

Balik kepada tajuk tadi, Mengapakah barang terpakai? Sedangkan ada sesetengah pihak mungkin mampu untuk membeli barangan baru dan mewah. Cuma apa yang ingin di ketengahkan disini bukanlah soal kemampuan atau wang. Tapi keprihatinan dari sisi pandangan lain.

  • Mengurangkan kuantiti sampah di rumah.

Sebab kebanyakan kita sentimental dan suka menyimpan barang-barang lama dirumah. Dari buat sepah dirumah, apakata kitar semula atau jual semula je barang-barang tu.

  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Kita semua tahu kertas, perabot kayu, pensel diperbuat daripada pokok kan. Melalui kitar semula kita dapat mengurangkan permintaan melampau barangan tersebut justeru membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

  • Mengurangkan penggunaan bahan tenaga.

Betul. Terutama sekali pengunaan bahan tenaga elektrik dan petrol dalam sesuatu motor/enjin untuk menghasilkan produk.

  • Menggalakkan masyarakat setempat menjaga kebersihan kawasan sekitar.

Ini adalah idea asal dalam bisnes jual beli perabot terpakai ini. Bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran barangan terpakai, malah dapat menjaga kebersihan alam sekitar juga.

  • Mengurangkan kos pengurusan sampah-sarap.

Sekiranya masyarakat berdisiplin dan menjaga alam sekitar, sudah tentu dapat mengurangkan kos pengurusan sampah-sarap. Majlis bandaraya daerah pun tidak perlu pening memikirkan kos pengurusan sampah sarap yang kian meningkat saban tahun.

Tapi, ada sesetengah pihak yang mungkin rasa jatuh ‘standard’ sekiranya memakai barangan terpakai. Tapi untuk zaman kapitalis ni, usahlah terlalu berkira mengenai standard atau kedudukan anda. Ini adalah zaman dimana kita perlu menggunakan harta/aset kita sebaiknya. Zaman untuk kekal bertahan dalam persaingan ekonomi yang makin sengit.

Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal 🙂