• Mengurangkan pembaziran penggunaan kayu, plastik, fabric, dan kulit
  • Menyebabkan kekurangan tanah untuk pelupusan barangan
  • Mengurangkan peratusan oksigen dan meningkatkan karbon dioksida disebabkan oleh pembalakan dan pembuatan kayu
  • Plastik mengeluarkan gas yang merbahaya apabila dibakar
  • Menjamin kesihatan yang lebih baik (resung, katarak mata dan penyakit berjangkit)
  • Greenhouse Effect

Ramai yang tidak pernah sedar akan kesan pembaziran perabot. Mungkin kerana mereka sendiri tidak pernah nampak akan kesannya. Mungkin juga kerana kurangnya kesedaran dari pihak berwajib. Mungkin juga kerana Malaysia masih belum ditahap yang teruk dalam kes seperti ini.

Namun sebuah kajian telah dilakukan di UK, dan mendapati negara tersebut merupakan salah sebuah Negara yang menghadapi krisis pembuangan perabot yang melampau. Mereka kini kekurangan tanah untuk melakukan pelupusan dan terpaksa melelong perabot secara ‘Garage Sale’ mahupun membuat pelupusan sendiri. Risiko pelupusan sendiri adalah terdedah kepada kimia merbahaya terutama sekali plastik yang dibakar.

Malaysia juga pasti akan melalui perkara yang sama jika pencegahan awal tidak dibuat. Mahukah kita menjadi seperti UK? Tepuk dada, tanya selera. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Kami di Iboss hanya ingin meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan kitar semula barangan perabot. Semoga usaha kita yang kecil ini dapat membantu generasi akan datang.

#membelidanmenjualperabotterpakai

#ibosspakarperabot

#gogreen

#letsbeaHERO