Hukum alam adalah seimbang. Setiap yang hidup, pasti ada yang mati. Setiap kegagalan pasti ada kejayaannya. Begitu juga dalam perniagaan. Setiap bisnes yang tutup, pasti akan bisnes baru yang akan bercambah tanpa mengira keadaan semasa. Ini bermakna, sentiasa akan ada bisnes-bisnes baru yang akan memeriahkan lagi industri perniagaan di serata dunia.

“Pun begitu, usahawan baru perlu bijak mengatur strategi dalam merancang perjalanan perniagaan. Senaraikan antara dulu antara pelaburan yang prioriti dan yang bukan berkepentingan.”

Antara beberapa perkara yang perlu dielakkan pada permulaan perniagaan adalah pelaburan tinggi kepada dekorasi hiasan dan perabot. Sekiranya anda baru sahaja ingin membuka perniagaan, laburlah wang dan modal ke stok jualan, servis dan outlet sebelum bermewahan untuk dekorasi dan perabot. Apatah lagi pelaburan perniagaan belum lagi menjana kewangan yang stabil.

Seringkali melihat usahawan baru begitu ghairah menghabiskan modal untuk ruang dekorasi kedai sehingga berpuluh-puluh ribu. Bisnes belum lagi berjalan, modal pula semakin habis. Akhirnya mengambil pinjaman bank untuk menyokong perniagaan yang masih belum berjalan.

Adalah satu bonus sekiranya usahawan itu bijak menggunakan strategi pemasaran untuk menaikkan brand dan jualan dalam masa yang singkat. Namun sekiranya beliau masih lagi merangkak dalam memulakan operasi perniagaan, bagaimanakah beliau mampu membayar hutang pinjaman meskipun dikelilingi dekorasi mewah. Keunikan produk dan servis pun masih belum dikenali, hutang pula sudah menimbun.

Justeru antara langkah selamat untuk mengurangkan kos permulaan perniagaan adalah dengan menggunakan perabot terpakai. Apabila bisnes yang dijalankan mula menunjukkan impak positif dan menjana keuntungan yang lebih, baru lah gunakan wang keuntungan tersebut untuk membeli perabot dan dekorasi kedai yang baru.

Menggunakan perabot terpakai pada permulaan perniagaan tdaklah begitu. Malah di IBOSS Perabot Terpakai, anda boleh mendapatkan khidmat rundingan pada yang pakar untuk menjadikan ruang pejabat atau kedai lebih kondusif dan selesa. Perabot pejabat yang terdapat disini juga seakan-akan baru selepas dibaik pulih oleh Team Teknikal IBOSS.

 

Ada masalah untuk mendapatkan perabot terpakai dengan harga yang rendah? Layari www.pakarperabot.com.my untuk kami selesaikan masalah anda!